Di Mybeli, proses yang teliti dan ketat akan dilakukan kepada setiap Merchant yang ingin mendaftar sebagai penjual dalam platform ini. Kami ingin memastikan setiap pembelian anda adalah tanpa was-was dengan memastikan semua produk yang dijual adalah 100% mesra Muslim.

Halaman ini akan membantu anda untuk memahami lebih lanjut mengenai Polisi Jaminan Produk Mesra-Muslim di Mybeli.

 

Apakah itu Mesra-Muslim?

Konsep Mesra-Muslim di Mybeli dijelaskan seperti berikut:

i.      Disahkan Halal oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

       ·       Tidak berasal, berasaskan atau mengandungi mana-mana bahagian daripada haiwan yang dilarang/ haram bagi umat Islam dari segi undang-undang Islam atau haiwan yang tidak disembelih mengikut undang-undang Islam.

       ·       Tidak mengandungi bahan-bahan yang tidak suci dari segi undang-undang Islam.

       ·       Tidak disediakan, diproses atau dibuat menggunakan kelengkapan atau perkakas yang tidak suci seperti yang dinyatakan oleh undang-undang Islam.

 

ii.     Jika penjual tidak mempunyai Sijil Halal, penjual haruslah:

       ·       Seorang yang beragama Islam untuk kategori Makanan & Runcit; atau

       ·       Beragama Islam ataupun bukan beragama Islam bagi kategori produk yang lain dan memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan mengikut panduan berikut:

 

 Makanan & Runcit

1.       Produk yang berasaskan daging, ayam, dan lain-lain, mestilah Halal dan dari penjual Muslim

2.       Tidak mengandungi/ menggunakan daging babi, lemak babi atau mana-mana bahagian babi/ bacon dalam penyediaan makanan

3.       Tiada bahan alkohol semasa penyediaan makanan

4.       Tidak mengandungi Gelatin tidak halal semasa penyediaan makanan

5.       Tidak mengandungi lemak haiwan yang tidak halal

 

Fesyen

1.       Gambar/ Imej yang bersesuaian (Imej & kandungan seksual/ seksi adalah dilarang)

2.       Pembuatan produk tidak mengandungi atau berasaskan bahan yang haram (kulit babi, lapisan kulit babi, bulu babi dan lain-lain adalah dilarang)

3.       Tidak mengandungi imej atau cetakan sensitif (Tanda Salib Kristian/ Patung Hindu dan lain-lain)

4.       Tiada gambar, tulisan atau sensitif terhadap agama

 

Kecantikan & Kesihatan

1.       Gambar/ Imej yang bersesuaian (Imej & kandungan seksual/ seksi adalah dilarang)

2.       Bahan mestilah dari sumber halal (Tidak menggunakan plasenta manusia atau sumber manusia lain)

3.       Bahan-bahan bukan dari sumber haram

4.       Hanya pewarna rambut kekal yang dibenarkan (boleh digunakan untuk menunaikan solat), pewarna rambut kekal sementara tidak dibenarkan

 

Gaya Hidup

1.       Gambar/ Imej yang bersesuaian (Imej & kandungan seksual/ seksi adalah dilarang)

2.       Tidak mengandungi imej atau cetakan sensitif (Tanda Salib Kristian/ Patung Hindu dan lain-lain)

3.       Tiada gambar, tulisan atau sensitif terhadap agama

 

 

iii.      Untuk produk yang tidak berasal dari Malaysia, produk yang ingin dijual dalam platform Mybeli perlu mematuhi Perakuan Halal Antarabangsa dan diiktiraf oleh badan-badan yang dikeluarkan oleh JAKIM (Dikemaskini pada 1 Disember 2020). Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut di http://www.halal.gov.my/.

 

Nota

 

Penjual yang didapati tidak mengikuti polisi Mesra-Muslim seperti di atas perlu bertanggungjawab untuk mengembalikan dan membayar ganti rugi kepada pembeli dalam jumlah yang setara dengan nilai produk (termasuk kos penghantaran)

 

Bagaimana saya boleh meminta bayaran balik?

Sekiranya anda telah menerima produk dari platform Mybeli dan anda tidak yakin bahawa produk tersebut Mesra-Muslim, anda boleh meminta bayaran balik dengan mengikuti langkah-langkah mudah di bawah.

*Nota: Jika permohonan bayaran balik anda diluluskan, Mybeli akan mengembalikan anda jumlah yang setara dengan nilai produk yang dibeli (termasuk bayaran kos penghantaran). Bayaran balik akan dikembalikan dalam bentuk baucar kod dengan tempoh sah satu (1) bulan penggunaan. Anda akan menerima baucar kod dalam masa 3 hari bekerja daripada tarikh keputusan dibuat melalui alamat emel yang telah didaftarkan.

Jika anda memerlukan bantuan lebih lanjut, sila hubungi khidmat mesra pelanggan Mybeli dengan menghantar emel ke support.mybeli@v-circle.com atau hubungi kami di nombor +6019-365 5200.

 

Product added to wishlist
Produk ditambahkan untuk dibandingkan.

Laman web ini menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda, menganalisis lalu lintas laman web dan memantau barang-barang yang disimpan di dalam troli anda. Dengan mengklik TERIMA atau terus melayari laman web ini, anda bersetuju dengan penggunaan kuki kami. Lihat Dasar Privasi kami di sini untuk maklumat lebih lanjut.