1. Apakah yang dimaksudkan dengan mata ganjaran Excite Points?

Mata ganjaran Excite Points merupakan mata ganjaran yang boleh digunakan sebagai pilihan untuk pembayaran, dimana penebusan separa atau penuh boleh dibuat untuk menjimatkan perbelanjaan anda.

2. Bagaimanakah untuk saya mengumpul Excite Points?

Excite Points dapat dikumpul melalui setiap pembayaran yang berjaya. Anda akan diberi 1.25 Excite Points untuk setiap RM1 perbelanjaan.

3. Apakah tempoh masa untuk saya memperoleh Excite Points setelah saya lakukan pembayaran?

Excite Points akan diberi serta-merta setelah setiap pembayaran yang berjaya.

4. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak memperoleh Excite Points saya dalam jangka masa 3 hari?

Sekiranya anda tidak memperoleh Excite Points anda dalam jangka masa 3 hari selepas pembayaran yang berjaya, sila hubungi pihak khidmat pelanggan MyBeli melalui e-mel di alamat support.mybeli@v-circle.com.

5. Bagaimanakah untuk saya menebus Excite Points?

Anda hanya perlu memasukkan jumlah Excite Points ingin ditebus semasa melakukan pembayaran, dimana jumlah Excite Points yang minima yang diperlukan untuk penebusan ialah 100 Excite Points yang nilainya bersamaan RM1.

6. Adakah Excite Points ini mempunyai tarikh luput?

Berita baik! Excite Points tidak mempunyai tarikh luput.

7. Bagaimanakah boleh saya menyemak baki Excite Points saya?

Anda boleh menyemak baki Excite Points anda dengan memilih pilihan 8excite+ di laman informasi profil setelah log masuk di laman web MyBeli melalui akaun 8excite+ anda.

Product added to wishlist
Produk ditambahkan untuk dibandingkan.

Laman web ini menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda, menganalisis lalu lintas laman web dan memantau barang-barang yang disimpan di dalam troli anda. Dengan mengklik TERIMA atau terus melayari laman web ini, anda bersetuju dengan penggunaan kuki kami. Lihat Dasar Privasi kami di sini untuk maklumat lebih lanjut.